Monday, December 3, 2018

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 



Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga mengandungi ringkasan bab, teori mengenai teknik pengurusan bilik dan pengurusan sekolah. Oleh itu, dengan adanya blog ini dapat membantu kita serba sedikit dalam mengusui teknik pengurusan yang lebih efisien.  



selamat belajar 

Sunday, December 2, 2018

SUMBER YOUTUBE




TEORI FUNGSIONALISME

Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling  bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita dapat lihat ialah, pelajar akan bergantung  pada guru untuk mendapatkan ilmu,guru bergantung pada kurikulum yang akan mereka gunakan untuk mengajar dan kurikulum ini dibentuk oleh mereka yang bertugas di Jabatan Kurikulum.Ia berfungsi untuk memastikan masyarakat itu bergerak.Tujuan ia adalah untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat untuk kestabilan negara.Pendekatan fungsionalisme boleh disamakan seperti bahagian anggota badan yang mempunyai peranan masing-masing dan setiap anggota itu bergantung di antara satu sama lain untuk berfungsi. 

Ahli sosiologis, iaitu Durkheim (1858-1917),adalah orang yang pertama mula mengaplikasikan teori ini dalam kajian yang berkaitan dengan pendidikan.Beliau mementingkan tentang bahagian-bahagian dalam masyarakat yang masing-masing mempunyai struktur dan fungsi tertentu untuk perpaduan dan kepaduan di antara mereka dan ia akan menggerakkan masyarakat tradisi kepada masyarakat moden.

Andaian teori fungsionalisme 
  1. Segala yang dilakukan oleh sekolah dipersetujui oleh semua pihak dalam masyarakat.Melalui persetujuan inilah wujud keadilan dan keharmonian dalam sistem  persekolahan,hubungan baik di antara murid dan guru, dan ibu bapa dan sekolah. 
  2. Semua pihak yang terlibat dengan pendidikan akan berkejasama untuk mencapai kestabilan dan keharmonian masyarakat.

TEORI FUNGSIONALISME DALAM PENDIDIKAN 

- Fungsi utama sekolah ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan tingkah laku yang dikehendaki untuk memastikan kesejahteraan ahli masyarakatnya.

 - Mengikut teori ini,tugas utama pendidikan ialah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dengan norma, nilai-nilai dan peraturan yang terdapat dalan sesebuah masyarakat.Sebagai contoh Durkheim dalam bukunya Moral Education (1961) mengaitkan fungsi sekolah dan hubungannya dengan masyarakat. 

-Menurut beliau nilai moral merupakan asas peraturan sosial dan masyarakat yang disemai dalam kanak-kanak melalui sistem pendidikannya. 

-Setiap pihak dalam masyarakat perlu berganding bahu menolong dan menyokong antara satu sama lain untuk memastikan fungsi dan peranan setiap pihak berjalan dengan lancar supaya matlamat yang ditetapkan boleh tercapai bersama. 

-Teori fungsionalisme seterusnya menekankan kepada aspek memilih dan melatih.Mengikut teori ini semua kanak-kanak akan mendpat peluang yang sama untuk menyumbang kepada  perkembangan masyarakatnya.Mereka yang berjaya akan mendapat kedudukan paling tinggi dalam hierarki masyarakatnya. 

-Teori ini juga menekankan kepada struktur dan fungsi organisasi.Sebagai contoh,dalam sesebuah sekolah kita dapat melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk dan bagaimana setiap ahli dalam sekolah berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi dan matlamat yang telah ditetapkan.

TEORI KONFLIK

Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan masing-masing. Mengikut Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam masyarakat yang sering bertelagah.Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan di mana golongan atasan akan menguasai kuasa,kekayaan,kebendaan,kehormatan dan  berpengaruh.Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk mendapatkan bahagian mereka.

ANDAIAN TEORI KONFLIK 
  1. Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. 
  2. Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh  persaingan-persaingan ekonomi. 
  3. Aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisis sosial adalah kritikan


TEORI KONFLIK DALAM PENDIDIKAN 

-Max Weber (1964-1920) adalah orang yang mengaitkan teori konflik dengan  pendidikan.Beliau mengaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar tentang status budaya .Hubungan di antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik di antara individu dan kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut. 

-Beliau juga menyatakan bahawa dalam sekolah terdapat “orang dalam” yang mana status  budayanya diperkukuhkan melalui pengalaman sekolah,manakala “orang luar” berdepan
dengan halangan untuk mencapai kejayaan mereka di sekolah. 

-Sekolah berfungsi memberi latihan tentang sikap,tingkah laku,kemahiran,intelektual dan sosialisasi. 

-Mengikut ahli yang mengkaji teori konflik jawatan berstatus tinggi dalam masyarakat akan dikuasai oleh mereka yang berasal daripada keluarga sosioekonominya tinggi manakala  jawatan berstatus rendah pula dipegang oleh mereka yang datang daripada keluarga yang tahap ekonominya rendah.
-Teori konflik menunjukkan bahawa wujudnya pelajar adalah untuk mengisi susun lapis masyarakat.Susun lapis ini wujud mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga mereka. 

-Randal Collins ( Collins, 1971) fokus kepada masyarakat hari ini yang mementingkan
“credential” iaitu satu alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dalam masyarakat.
Mereka yang datang daripada keluarga yang berpengaruh pasti akan menikmati keistimewaan ini untuk mendapat jawatan tinggi dalam masysarakat. 

-Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya.Contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar.Maka timbulah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah.Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak.Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya.Konflik yang tercetus dalam jiwa kanak-kanak hari ini telah menbuat mereka terpaksa menerima tekanan dan sekiranya gagal mereka dilabelkan sebagai pemalas dan lembap.

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga me...