Sunday, December 2, 2018

TEORI KONFLIK

Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan masing-masing. Mengikut Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam masyarakat yang sering bertelagah.Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan di mana golongan atasan akan menguasai kuasa,kekayaan,kebendaan,kehormatan dan  berpengaruh.Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk mendapatkan bahagian mereka.

ANDAIAN TEORI KONFLIK 
  1. Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. 
  2. Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh  persaingan-persaingan ekonomi. 
  3. Aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisis sosial adalah kritikan


TEORI KONFLIK DALAM PENDIDIKAN 

-Max Weber (1964-1920) adalah orang yang mengaitkan teori konflik dengan  pendidikan.Beliau mengaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar tentang status budaya .Hubungan di antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik di antara individu dan kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut. 

-Beliau juga menyatakan bahawa dalam sekolah terdapat “orang dalam” yang mana status  budayanya diperkukuhkan melalui pengalaman sekolah,manakala “orang luar” berdepan
dengan halangan untuk mencapai kejayaan mereka di sekolah. 

-Sekolah berfungsi memberi latihan tentang sikap,tingkah laku,kemahiran,intelektual dan sosialisasi. 

-Mengikut ahli yang mengkaji teori konflik jawatan berstatus tinggi dalam masyarakat akan dikuasai oleh mereka yang berasal daripada keluarga sosioekonominya tinggi manakala  jawatan berstatus rendah pula dipegang oleh mereka yang datang daripada keluarga yang tahap ekonominya rendah.
-Teori konflik menunjukkan bahawa wujudnya pelajar adalah untuk mengisi susun lapis masyarakat.Susun lapis ini wujud mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga mereka. 

-Randal Collins ( Collins, 1971) fokus kepada masyarakat hari ini yang mementingkan
“credential” iaitu satu alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dalam masyarakat.
Mereka yang datang daripada keluarga yang berpengaruh pasti akan menikmati keistimewaan ini untuk mendapat jawatan tinggi dalam masysarakat. 

-Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya.Contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar.Maka timbulah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah.Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak.Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya.Konflik yang tercetus dalam jiwa kanak-kanak hari ini telah menbuat mereka terpaksa menerima tekanan dan sekiranya gagal mereka dilabelkan sebagai pemalas dan lembap.

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga me...