Pengurusan sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin
bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
Menurut Dessler(1997), konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan
sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep
ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi
mengurus dan mentadbir sumber manusia. Di dalam pengurusan sumber, terdapat
beberapa ciri-ciri iaitu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan
pengawalan. Selain itu, di dalam pengurusan ini,terdapat sumber yang merupakan
bahan-bahan yang digunakan untuk membolehkan dan memudahkan pembelajaran
seseorang pelajar. Terdapat beberapa kepentingan yang boleh dijadikan sebagai
bahan pengajaran antaranya media komunikasi sebagai bahan rangsangan,
penjelasan makna dan konsep, penggerak penggunaan pelbagai media dan sumber
pengalaman. Pusat sumber juga termasuk dalam pengurusan sumber kerana ia
memuatkan koleksi ilmu-ilmu yang digunakan oleh pelajar dahulu dan kini. Pusat
sumber sekolah boleh dijadikan sebagai pusat interaksi antara guru dan murid
bagi memudahkan pengajaran bersama guru. Kesimpulannya, pengurusan sumber
merupakan tempat untuk menuntut ilmu dengan baik antara guru dan murid.
Pengurusan sumber adalah kemudahan bagi pelajar untuk mencari ilmu dan
berkongsi bersama orang lain. Oleh itu,sebagai guru dan murid, mereka haruslah
menggunakan kemudahan yang diberikan dengan baik dan perlu mengikut peraturan
yang telah ditetapkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga me...
-
Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita da...
-
Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersai...
-
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu...
No comments:
Post a Comment