Sunday, December 2, 2018

BAB 5 : PENGURUSAN BILIK DARJAH


 Pengurusan bilik darjah adalah merujuk kepada perancangan, pengorganisasian dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Bilik darjah merupakan tempat di mana pelajar menghabiskan sebahagian daripada masa persekolahan. Menurut (Marland 1975) suasana bilik darjah mungkin menjadi ‘kawan’ atau ‘lawan’ dalam proses pembelajaran. Pengurusan bilik darjah menjadi tangungjawab guru sebagai peranan penting dalam mengurus mengurus rutin bilik darjah dan memastikan  murid-murid menjalankan tugas mengikut jadual bertugas. Oleh itu,pengurusan bilik darjah yang baik dan sistematik dapat meningkatkan keupayaan murid untuk belajar dan dapat menyelesaikan banyak masalah disiplin di sekolah. Masalah-masalah disiplin timbul apabila gaya pengajaran guru yang membosankan dari awal tahun hingga ke hujung tahun persekolahan. Kesimpulannya, peranan guru amat penting  dalam pengurusan bilik darjah kerana guru sebagai perancang dalam kelas. Guru perlu membuat objektif pelajaran sebelum memulakan suatu pengajaran. Guru haruslah mengelola bilik darjah agar bilik darjah menjadi teratur dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu membuat perancangan terlebih awal  sebelum memasuki kelas dan memulakan suatu pengajaran.





No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga me...