Pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan
penyertaan, kerjasama, dari semua ahli dalam mencapai matlamat. Menurut Lee
Shok Mee (1993) , alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang
dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan
tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Di dalam ini,
guru perlu tahu tentang latar belakang pelajarnya dan mengambil berat terhadap
kesemua pelajarnya di bilik darjah. Sebagai guru,mereka perlu membuat peraturan
dalam bilik darjah dan perlu membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan
susun atur di bilik darjah. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih dinamik, pembentukan akhlak, dan kemahiran-kemahiran agar dapat diterap
dengan lebih mudah dan berkesan. Dengan menghasilkan motivasi yang berkesan,
pelajar akan mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan
berhikmah. Menurut Noraisah Ibni Qasim mengatakan pengurusan alam pembelajaran
penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan unutk mengajar, memastikan
objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana
dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut. Elemen-elemen
penting yang perlu disediakan sebelum ke
kelas adalah kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan,
penyeliaan, penilaian, dan refleksi. Guru perlu merancang kurikulum, sukatan,
huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan
daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Kesimpulannya, pengurusan alam
pembelajaran ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah.
Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus
meningkatkan pencapaian para pelajar. Oleh itu,guru perlu mengurus alam
pembelajaran dengan baik supaya pelajar tidak merasa bosan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga me...
-
Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita da...
-
Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersai...
-
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu...
No comments:
Post a Comment