Pengurusan pelbagai upaya merupakan pengurusan yang melibatkan pelajar
berkeperluan khas atau pendidikan khas. Pendidikan khas ialah pendidikan yang
disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan
yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta mempunyai masalah
pembelajaran. Menurut Hallahan dan Kauffman(1994) mengatakan bahawa pendidikan
khas bermaksud arahan yang direka khas yang memenuhi keperluan luar biasa
kanak-kanak luar biasa. Pelajar yang
mempunyai keperluan khas berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan
akan mendapat pendidikan formal. Ia mempunyai syarat-syarat kelayakan dan
terdapat pelbagai jenis program pendidikan yang diwujudkan di setiap sekolah.
Dan ia juga mempunyai tahap umur yang telah ditetapkan dalam setiap sekolah
pendidikan khas. Sebelum mereka dimasukkan ke dalam sekolah pendidikan khas,
mereka perlu disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri sendiri atau
tidak. Manakala Program Pendidikan Khas Integrasi pula menempatkan semua
pelajar pendidikan khas dan pelajar normal dalam kelas harian. Hal ini kerana, mereka inginkan supaya pelajar biasa
dengan pelajar pendidikan bergaul antara satu sama lain dan tidak rasa
terpinggir. Selain itu.ia juga mempunyai
Program Pemulihan Khas dimana ia
merupakan program yang disediakan bagi membantu pelajar bagi mengatasi
masalah yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran 3M. Kesimpulannya, pengurusan pelbagai upaya
memerlukan pengajaran yang efektif, kerja kognitif yang berkesan, standard
prestasi yang realistik. Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di
sekolah. Guru perlu memainkan peranan dengan mengambil berat kepada pelajar
yang berkeperluan khas dnan berusaha untuk membantunya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga me...
-
Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita da...
-
Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersai...
-
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu...
No comments:
Post a Comment