Sunday, December 2, 2018

BAB 8 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


Tingkah laku ialah bentuk tingkah laku yang dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Sekiranya kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran mereka akan menjadi aktif dan berada diluar kawalan. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Pengurusan tingkah laku juga mempunyai ciri-ciri masalah tingkah laku pelajar yang boleh menyebabkan pelajar  menjadi tidak suka untuk belajar dan takut untuk ke sekolah. Antara masalah tingkah laku pelajar ialah tingkah laku  hiperakitf,merosakkan dan menganggu, murung, dan  pengasingan diri. Sekiranya setiap sekolah mempunyai strategi untuk mengawal dan mengurus masalah disiplin dan tingkah laku pelajar maka masalah ini dapat terkawal. Pelajar perlulah mempunyai kemahiran untuk menangani masalah, membuat keputusan yang bertanggungjawab dan berfikir serta berkomunikasi dengan jelas. Pelajar harus mempunyai sikap komunikasi yang bagus supaya tingkah laku mereka akan terjamin dan mereka tidak akan mudah terjebak dengan gejala negatif. Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku penting dalam sesebuah sekolah dan ia penting bagi pelajar agar disiplin mereka akan terjamin. Sebagai guru,mereka haruslah memain peranan agar pelajar tidak mudah terjebak dengan gejala yang tidak diingini. Mereka perlu mempunyai komunikasi dengan baik sekali supaya mereka tidak mudah termakan dengan kata-kata orang luar.

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga me...