Kepimpinan ialah satu proses interaksi di antara kumpulan dengan individu atau di antara individu dengan
keseluruhan ahli- ahli yang menganggotai kumpulan itu. Kepimpinan itu berlaku
apabila seseorang mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk
mencapai objektif organisasi. Organisasi kepimpinan dilakukan melalui keupayaan
memimpin melalui teladan. Menurut Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin
pengajaran adalah berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk
pembelajaran profesion perguruan dan perkembangan pelajar. Terdapat beberapa
gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire dan kontigensi. Di
dalam bidang ini,terdapat juga tugas pengetua iaitu mewujudkan hubungan dua
hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. Selain itu,ia juga membincangkan
tentang tugas-tugas guru kanan di sekolah , mengajar mengikut waktu dan subjek
yang ditetapkan dan sebagainya. Kepimpinan adalah menyampaikan atau menyebarkan
maklumat tentang sekolah, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid dan
mengawal waktu. Ia juga membincangkan tentang pengurusan bidang pengetua dan
tentang pentadbiran sekolah yang harus diuruskan oleh pengetua. Selain itu, ia
juga termasuk dalam bidang tugas kauselor dengan merancang, mengawal selia,
mengemaskini rekod dan inventori pelajar. Sebagai guru, mereka harus mempunyai
buku rekod mengajar yang dikemaskini dan perlu diserahkan kepada pengetua dan
perlu menghuraikan kandungan setiap sukatan pelajaran kandungan dengan baik.
Kesimpulannya, kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan
sesebuah organisasi. Di dalam organisasi pada ahli-ahli yang menyokong
pemimpinnya. Pengetua berperanan sebagai pemimpin dan setiap guru ada peranan
masing-masing. Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang perlu diketahui dan perlulah
mempunyai carta organisasi yang perlu
dipatuhi oleh semua orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga me...
-
Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita da...
-
Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersai...
-
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu...
No comments:
Post a Comment