Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawaa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial.Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-1931).Manakala ahli yang menerapkan teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves
dalam bukunya yang berjudul “Intepersonal Relation And Education”.
Teori ini lebih menfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat yang terlibat terutamanya guru dan murid.Mereka juga melihat kepada aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah.Contohnya,mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru.Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat. Blackledge dan Hunt (1985) telah menggalurkan beberapa andaian yang selalu digunakan oleh perspektif mikro. iaitu:
Aktiviti harian:
Kita mesti melihat aktiviti harian kerana semua aspek kehidupan manusia melibatkan aksi-aksi kehidupan seharian.Sistem pendidikan dihidupkan oleh aktivit-aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh guru-guru,murid-murid,pentadbiran dan seumpamanya.Perubahan dalam pendidikan adalah hasil daripada aktiviti harian.
Kebebasan :
Aktiviti harian bukan merupakan sesuatu yang dipaksakan oleh masyarakat tetapi aktiviti-aktiviti yang kita lakukan masih mempunyai autonomi dan kebebasan yang tersendiri.
Makna:
Setiap perlakuan manusia mempunyai makna yang tersendiri kepada si pelakunya.Makna bukan diberi oleh budaya tetapi dibentuk daripda budaya oleh si pelakunya.
Interaksi :
Aktiviti harian jarang merupakan aksi persendirian semata-mata tetapi ianya melibatkan interaksi dengan orang lain.Misalnya apabila guru menyoal,murid mungkin mengangkat tangan untuk menjawab.Guru perlu menginterpretasi makna angkat tangan tersebut,sama ada murid mengangkat tangan ingin menjawab soalan,tidak faham,ingin mengelak diri atau tidak mahu dianggap bodoh.
No comments:
Post a Comment