Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sekolah merujuk kepada tempat
untuk belajar dan mengajar, tempat menerima, dan memberi pelajaran. Sekolah
juga dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak-anak.
Persekitaran membawa maksud kawasan di sekeliling suatu tempat. Persekitaran
sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal
berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi
perkembangan pelajar di sekolah. Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan
jalinan interaksi yang diupayakan oleh sekolah agar dapat diterima di
tengah-tengah masyarakat untuk mendapatkan aspirasi, simpati dari masyarakat.
Sekolah adalah tempat untuk pelajar menuntut ilmu dan mencapai matlamat dan
cita-cita yang mereka inginkan. Hubungan
ini juga termasuklah dalam hubungan sekolah dengan ibubapa. Hal ini
kerana, ibubapa akan memainkan peranan di sesebuah sekolah dengan memberi kesan
kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Strategi yang baik yang merapatkan
hubungan antara guru dan ibu bapa adalah melalui PIBG. Selain itu,ibu bapa
perlu menjadi model dan role kepada anak-anak. Guru juga merupakan pengganti
kepada ibu bapa dan gurulah yang akan menjaga pelajar tersebut ibarat anak
mereka sendiri. Kebajikan murid penting dan ia terletak dalam di bahu guru
tersebut. Kesimpulannya, sekolah dan
persekitaran adalah satu perkara penting dalam membangunkan sesebuah sekolah
dan menaikkan nama sekolah tersebut. Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu
bapa kedua mereka supaya pelajar tersebut merasa tidak terpinggir. Dengan
sekolah, pelajar dapat menuntut ilmu dan dapat belajar erti kehidupan dan
berdisiplin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga me...
-
Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita da...
-
Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersai...
-
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu...
No comments:
Post a Comment