Saturday, December 1, 2018

BAB 4 : PENGURUSAN MURID


     Pengurusan  murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah akan mencerminkan imej dan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih selain daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan sekolah sahaja. Melalui pengurusan murid, kita akan dapat mengetahui cara mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar, dan cara  memotivasikan murid. Kesediaan belajar bergantung kepada diri sendiri melalui kesediaan kognitif dan kesediaan efektif. Selain itu,ia juga mengkaji tentang  faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar iaitu mengetahui prinsip kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan  membantu pelajar menguasai isi pelajaran. Seterusnya, ia dapat mengetahui tentang cara untuk meningkatkan motivasi kepada pelajar dengan menyediakan suasana dalam bilik darjah  yang kondusif. Pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran mungkin akan  menjadi lebih pintar atau bijak dengan suasana pembelajaran yang selesa.  Kesimpulannya, pengurusan murid merupakan satu elemen penting dalam kelas dan di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik jika guru dapat menggunakan alat bahan bantu mengajar yang menarik di dalam kelas, di samping, guru dapat mengajar dengan lebih menarik dan gembira supaya   pelajar tidak menjadi bosan.

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga me...