Sunday, December 2, 2018

TEORI INTERAKSI

 Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawaa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial.Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-1931).Manakala ahli yang menerapkan teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves
dalam bukunya yang berjudul “Intepersonal Relation And Education”.

Teori ini lebih menfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat yang terlibat terutamanya guru dan murid.Mereka juga melihat kepada aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah.Contohnya,mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai  perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru.Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat. Blackledge dan Hunt (1985) telah menggalurkan beberapa andaian yang selalu digunakan oleh perspektif mikro. iaitu: 

Aktiviti harian: 
Kita mesti melihat aktiviti harian kerana semua aspek kehidupan manusia melibatkan aksi-aksi kehidupan seharian.Sistem pendidikan dihidupkan oleh aktivit-aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh guru-guru,murid-murid,pentadbiran dan seumpamanya.Perubahan dalam pendidikan adalah hasil daripada aktiviti harian. 

Kebebasan : 
Aktiviti harian bukan merupakan sesuatu yang dipaksakan oleh masyarakat tetapi aktiviti-aktiviti yang kita lakukan masih mempunyai autonomi dan kebebasan yang tersendiri. 

Makna: 
Setiap perlakuan manusia mempunyai makna yang tersendiri kepada si  pelakunya.Makna bukan diberi oleh budaya tetapi dibentuk daripda budaya oleh si  pelakunya. 

Interaksi : 
Aktiviti harian jarang merupakan aksi persendirian semata-mata tetapi ianya melibatkan interaksi dengan orang lain.Misalnya apabila guru menyoal,murid mungkin mengangkat tangan untuk menjawab.Guru perlu menginterpretasi makna angkat tangan tersebut,sama ada murid mengangkat tangan ingin menjawab soalan,tidak faham,ingin mengelak diri atau tidak mahu dianggap bodoh.

SUMBER JURNAL

BAB1 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN 


BAB 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


BAB 3: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


BAB 4 : PENGURUSAN MURID


BAB 6 : PENGURUSAN SUMBER


BAB 7 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN


BAB 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


BAB 9 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


BAB 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


BAB 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI BUDAYA


BAB 12 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama, dari semua ahli dalam mencapai matlamat. Menurut Lee Shok Mee (1993) , alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Di dalam ini, guru perlu tahu tentang latar belakang pelajarnya dan mengambil berat terhadap kesemua pelajarnya di bilik darjah. Sebagai guru,mereka perlu membuat peraturan dalam bilik darjah dan perlu membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, dan kemahiran-kemahiran agar dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. Dengan menghasilkan motivasi yang berkesan, pelajar akan mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Menurut Noraisah Ibni Qasim mengatakan pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan unutk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut. Elemen-elemen penting yang perlu  disediakan sebelum ke kelas adalah kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian, dan refleksi. Guru perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat  para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar. Oleh itu,guru perlu mengurus alam pembelajaran dengan baik supaya pelajar tidak merasa bosan.


BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

 Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima, dan memberi pelajaran. Sekolah juga dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak-anak. Persekitaran membawa maksud kawasan di sekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan jalinan interaksi yang diupayakan oleh sekolah agar dapat diterima di tengah-tengah masyarakat untuk mendapatkan aspirasi, simpati dari masyarakat. Sekolah adalah tempat untuk pelajar menuntut ilmu dan mencapai matlamat dan cita-cita yang mereka inginkan. Hubungan  ini juga termasuklah dalam hubungan sekolah dengan ibubapa. Hal ini kerana, ibubapa akan memainkan peranan di sesebuah sekolah dengan memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Strategi yang baik yang merapatkan hubungan antara guru dan ibu bapa adalah melalui PIBG. Selain itu,ibu bapa perlu menjadi model dan role kepada anak-anak. Guru juga merupakan pengganti kepada ibu bapa dan gurulah yang akan menjaga pelajar tersebut ibarat anak mereka sendiri. Kebajikan murid penting dan ia terletak dalam di bahu guru tersebut.  Kesimpulannya, sekolah dan persekitaran adalah satu perkara penting dalam membangunkan sesebuah sekolah dan menaikkan nama sekolah tersebut. Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kedua mereka supaya pelajar tersebut merasa tidak terpinggir. Dengan sekolah, pelajar dapat menuntut ilmu dan dapat belajar erti kehidupan dan berdisiplin

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Pengurusan pelbagai upaya merupakan pengurusan yang melibatkan pelajar berkeperluan khas atau pendidikan khas. Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta mempunyai masalah pembelajaran. Menurut Hallahan dan Kauffman(1994) mengatakan bahawa pendidikan khas bermaksud arahan yang direka khas yang memenuhi keperluan luar biasa kanak-kanak luar biasa.  Pelajar yang mempunyai keperluan khas berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan akan mendapat pendidikan formal. Ia mempunyai syarat-syarat kelayakan dan terdapat pelbagai jenis program pendidikan yang diwujudkan di setiap sekolah. Dan ia juga mempunyai tahap umur yang telah ditetapkan dalam setiap sekolah pendidikan khas. Sebelum mereka dimasukkan ke dalam sekolah pendidikan khas, mereka perlu disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri sendiri atau tidak. Manakala Program Pendidikan Khas Integrasi pula menempatkan semua pelajar pendidikan khas dan pelajar normal dalam kelas harian. Hal ini  kerana, mereka inginkan supaya pelajar biasa dengan pelajar pendidikan bergaul antara satu sama lain dan tidak rasa terpinggir.  Selain itu.ia juga mempunyai Program Pemulihan Khas dimana ia  merupakan program yang disediakan bagi membantu pelajar bagi mengatasi masalah yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran 3M.  Kesimpulannya, pengurusan pelbagai upaya memerlukan pengajaran yang efektif, kerja kognitif yang berkesan, standard prestasi yang realistik. Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Guru perlu memainkan peranan dengan mengambil berat kepada pelajar yang berkeperluan khas dnan berusaha untuk membantunya.


BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Perkataan budaya  berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu “budhi” dan “daya”. Menurut Mohd Taib Osman(1988) budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaaan sekeliling. Budaya sekolah merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Di dalam budaya sekolah, terkandungnya corak idea, norma,pemikiran dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Antara budaya yang terdapat dalam sekolah itu ialah budaya belajar, budaya berpakaian, budaya hormat-menghormati, budaya membaca dan budaya penyayang. Budaya ini selalau dipraktikkan  dalam sekolah bandar dan luar bandar. Budaya-budaya ini harus dilaksanakan dan diamalkan dalam diri pelajar supaya ia kekal dalam kehidupan mereka. Seterusnya,budaya berpakaian juga penting dalam peringkat sekolah kerana ia akan membentuk peribadi mereka dan ia boleh membezakan pakaian pelajar sekolah dengan pakaian awam. Kesimpulannya, pengurusan pelbagai budaya amat penting dalam kehidupan pelajar dan boleh mengajar mereka erti berdisiplin. Di dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri, apa pun tugasnya dan peranannya seseorang itu tetap perlukan orang lain unuk membantunya atau terlibat sama. Oleh itu, budaya yang baik itu harus perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati, nasihat-menasihati.      

BAB 9 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Bimbingan dan kaunseling merupakan guru yang memainkan peranan penting di sekolah dalam pengurusan penasihatan murid. Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya. Menurut Mizan Adillah dan Halimatun Halalilah (1995) kaunseling merupakan proses bersemuka antara kaunselor dan klien.         Dalam pengurusan ini, terdapat beberapa cara untuk mengendalikan seorang pelajar dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Psikologi juga merupakan cara untuk menyelesaikan masalah pelajar yang bermasalah. Kaunseling bukan sahaja mendengar kisah, malah memberi maklumat,penilaian ,penyelarasan sumber dan sebagainya. Jenis kaunseling yang dijalankan ialah individu dan kelompok. Kaunseling kelompok dijalankan melalui dalam kumpulan dalam 5-6 orang dan berinteraksi antara satu sama lain. Namun,semasa kaunseling,ia mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.Kesimpulannya, pengurusan penasihatan murid sangat penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bimbingan dan kaunseling perlu diberi kepada pelajar supaya mereka tidak merasa stress dan mereka akan berasa terlindung serta berasa ada orang mengambil berat tentang mereka

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Blog ini disediakan khusus untuk subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran.Blog ini juga me...